Isnin, 26 November 2012

TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK


TAHUKAH anda,,,,bahawa lemak tepu yang berasal dari sumber berasaskan haiwan seperti daging, susu dan keju boleh menyumbat saluran darah dan menimbulkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, angin ahmar, penyakit jantung dan banyak lagi
      ·        Jika mahu makan roti, jangan menyapu mentega pada roti tersebut.
               Namun    jika anada mahu juga. sapukan sedikit dan nipis sahaja~
               walaupun    banyak itu sedap J tapi tidak baik untuk kesihata
·        Elakkan makanan yang diproses seperti daging burger dan sose
                  Amalkan makan salad tanpa mayonis
·        Hindari makanan yang dimasak menggunakan minyak yang banyak~sila gunakan pemangang ajaib, untuk   mengurangkan minyak.
  Pelbagaikan cara penyediaan makanan seperti dengan cara memanggang, membakar atau merebus
·          Gunakan 2 biji putih telur untuk menggantikan 1 biji kuning telur
·           Bataskan penggambilan sumber makanan dari kekacang
·          Gunakan produk berasaskan susu rendah lemak seperti yogurt atau keju rendah lemak
·               Elakkan makan buah-buahan dalam tin.amalkan makan buah segar
·          Kurangkan pengambilan santan~lebihkan herba, bawang putih, lengkuas, halia, lada hitam dsb
·           Gunakan sos rendah lemak pada pasta atau mentega rendah lemak
·          Tumis dengan menggunakan minyak zaitun/kuantiti minyak yang sedikit
·        Makan buah sebagai ganti kudapan
·          Makan yogurt sebagai pencuci mulut
·           Gunakan perahan limau
·        .   Bagi memasak ayam, ~buangkan semua kulit dan lemak~
    Sumber : majalah diet & langsing
 .      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan