Khamis, 29 November 2012

MINUM BANYAK AIR DENGAN DIET SD 2

     

Berikut adalah perkara kenapa anda perlu meminum banyak air ketika berdiat SD2:

1. Kita boleh mengalami keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Keadaan ini menyebabkan badan anda kepenatan atau fatigue. Ini menyebabkan metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat.

2. Air adalah sumber penting didalam badan dan berfungsi untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna.

3. Air dapat menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh anggota badan

4. Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan

5. Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit

6. Air juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak

Minumlah banyak air semasa anda berdiet SD2 kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan