ALHAMDULILLAH,,,3 / 6/2014
sempat mengadakan kenduri kesyukuran sempena naik
rumah dan sambut
menantu. :)..niat untuk menjamu saudara mara, anak beranak,
jiran tetangga,
orang kampung dan rakan taulan akhirnya tercapai...saya suka suasana kenduri di
kg, penuh dengan kerjasama, tolong menolong dan merapatkan
hubungan silaturrahim.....dan
akhirnya, syukur kepada Allah swt kerana memudahkan urusan saya untuk memiliki
sebuah rumah comel ini di kg sendiri,
di entry lepas saya ceritakan,,kenapa
saya sangat teruja untuk memilikinya.....
·
Niat pertama sekali yang dari dulu lagi
saya menginginkan rumah yang berdekatan jalan raya, Alhamdulillah menjadi
kenyataan. Ini kerana untuk memudahkan semua keluarga, orang kg, rakan taulan
untuk memudahkan urusan ke destinasi..kerana seblm ni ,,terdapat sedikit
masalah yang menyukarkan banyak pihak.
·
Nostalgia semasa kecil yang sangat
saya rindui di sini, bersama arwah mak sedara kesayangan saya,,arwah
mokcik jaroh,,di depan rumah ini la...ada sebuah
kedai makan dan kedai runcit kecil-kecilan yang diusahakan oleh
beliau...banyakknya nostalgia saya membesar di sini...ini kerana makcik adalah
ibu saudara yang paling rapat dengan keluarga kami, yang sangat banyak membantu
kami...perginya dia,bertemu yang Esa..,,sebelum sempat saya membalas budi. Terima kasih mok cik...kerana banyak membantu
kami....alfatihah untuk arwah mokcik kesayangan saya...andainya dia masih
ada...mesti dia suka saya membeli rumah ini.....
Majlis akad nikah adik lelaki saya di Felda Chiku 01, Gua Musang, Kelanta pada 30/5/2014..Tahniah, telah bergelar suami, jadi lah sebaik2 lelaki, yang kasihkan isteri dan menyayangi keluarga, jadilah Ketua yang hebat lagi beriman. Hormat menghormati, bekerjasama, bahagia ke ahir hayat hendaknya
PULUT SEMANGAT .buah asam, agak susah untuk disediakan..
.ini pulut wajib ada kalau kenduri di kelantan...ini Makcik Esah yang sediakan,mak sedara yang pakar memasak.. Terima Kasih mok cik Esah, tukang Gukai tersohor lagi sedap....hihihihi
ini Proses memcuci PERUT LEMBU.....ini memang kerja orang lelaki Kelantan, proses membersihkan memerlukan penelitian yang kuat, di kikis, di basuh, di celur dengan air panas, di rendam dengan kapur makan
Daging Segar yang baru siap di sembelih, untuk di masak gulai Kawah...
Proses menyiang mumban nyior (kelapa yang belum berisi)
ibu Ayah kesayangan saya,,,terima kasih untuk semua jasa mek, ayah
Rumahku syurga Ku