Jumaat, 13 September 2013

perencah Ikan BaKar special

Cili kering 15 tangkai ~ dibuang biji, basuh bersih dan rebuskan*
Halia*
Lengkuas*
Serai*
sedikit udang kering*
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
daun kunyit*
garam, gula

semua bahan bertanda, perlu diblender
panaskan minyak, Tumiskan semua bahan blender...dengan api kecil, sehingga masak dan pekat,
saya menggunakan api yang kecil untuk didihkan perencah..masukkan garam, gula
tumis sehingga masak.

bakar ikan dan siram diatas ikan,,saya suka letakkan di atas daun pisang..ok siap, perahkan asam limau kasturi untuk dihidang.
selamat mencuba


Kek Coklat kukus

Bahan A

150 g tepung gandum
1 sudu Soda Bicarbonat
1 sudu Baking Powder

Bahan B

1 Tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
250 g gula kaster (kurangkan gula pada yang tidak suka manis)
campur semua
100 g serbuk koko
200 ml minyak jagung/ butter yang dicairkan
campurkan ke semuanya
masak diatas api yang perlahan, sampai licin tidak perlu mengelegak

4 Biji telur

TOPPING
200 G coklat
100 ml wipping cream
sesudu butter

panaskan diatas api kecil, sambil dikacau sehingga cair,.,,,,,

Jerang air sehingga menggelegak
Pukul telur sehingga berbuih (sekejap je), masukkan Bahan B sedikit demi sedikit, 
diselangselikan  dengan Bahan A. gaul sebati.siap
kukus sehingga masak - kalau saiz kecil seperti saya buat dalam 10 minit sahaja 
kalau loyang saiz 8,9 dalam 30-40 minit..boleh juga dibakar..lebihkan sedikit masa membakar, dalam 45 minit.uollss pom sila cucuk untuk memastikan masak /tidak..sekiranya licin lidi penyucuk..masak lerrr...sejukkan, dan siram topping,,letakkan badam, coklat rice/ apa2 yg digemari...selamat mencuba

TARAAA........
MENGGIURKAN, SEDAP, LEMBUT, DAN MENGGEMBIRAKAN!!
UNTUK TEMPAHAN CALL:
KAK B`-013-7112582

SELAMAT MENCUBA BAGI YANG RAJIN :)


Ahad, 8 September 2013

Pajeri nenas





1/2 biji nenas ( potong 2/ bulat)
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 sudu rempah kari daging
1 sudu rempah kari ikan
2 sudu udang kering
sedikit santan
sebatang kayu manis
garam, gula secukup rasa

1. Mayang bahan bertanda *
2. Tumiskan bahan-bahan mayang dan kulit kayu manis  sampai wangi dan keemasan (jangan hangit pulap)huhuhu
3.Masukkan rempah kari daging dan ikan, tumis sampai pecah minyak. masukkan sedikit santan dan air
4. Masukkan nenas, perasakan dengan garam dan gula...

* untuk yang suka pedas boleh blender cili kiring dan tumis bersama
* nenas yang agak masam,,boleh dicelur terlebih dahulu. saya suka nenas madu..manis, dan tidak perlu dicelur
* boleh diganti dengan terung, saya campur dua-dua...jadi lah pajeri terung, nenas :)