Antara tempat menarik yang
perlu dikunjungi bila ke Kelantan ialah Pantai Irama, Bachok Kelantan.
Terletak di dalam Daerah Bachok Kelantan. Lebih kurang 35 KM dr Kota Bharu, 26
KM dari Tok Bali (antara Jambatan tertinggi di Malaysia) Pelbagai aktiviti menarik
boleh anda laksanakan di Pantai Irama Bachok seperti:
v
Mandi manda bersama keluarga, aktiviti ini
sangat digemar
oleh kanak-kanak...yuhuuu...memang menarik sangat,
sambil tu beli la pelbagai pelambung menarik yang di sediakan untuk anak-anak
bergembira,,,haa itu satu terapi untuk kanak- kanak...anak gembira, ibu sihat,
ayah gemilang!!!
Tadaaa......sila buat pilihan yerr ibu-ibu, daddy wa abi
v
Colek buah pom ada...bg ibu-ibu hamil dan
pengemar nya....yang ini, saya kurang berminat J
v
Bagi pengemarr lot chin
/ satey ike berkuah merah...boleh dapatkan disepanjang
persisiran pantai irama....biasanya ramai yang berniaga di situ...di jaja
dengan motosikal/basikal...RM 1.00, 5 cucuk, dulu kala sewaktu zaman
kanak-kanak saya RM1.00 , 10 cucuk, tapi masa itu untuk membeli seringgit sangat
susah!..itulah kenangan, kesusahn yang banyak mengajar saya nilai usaha.tq
kenangan dan saya salah seorang pengemar lot chin dr kecil sehingga ke
dewasa...cewahh dewasa!!
v
Satu lagi aktiviti yang tidak kurang hebatnya
dan menyeronokkan anak-anak ialah bermain
layang- layang...wah!layang-layang...iye..pelbagai layang-layang yang menarik
dijual disini...sila jangan rambang mata ye anak-anak yg disayangi...
v
Aktiviti ini juga sangat menggamit keindahan
memori untuk seisi keluarga,,,apa lagi makan COLEK LA...dalam bahasa K.L makan-makan
pelbagai jenis makanan laut yang digoreng celup tepung bersama sos special
antaranya ikan celup tepung, sotong , udang, keropok lekor, fish ball,,JEMPUT MALAH..HAA..YANG NI ADA DI Kelantan aje, dtg pantai
irama ,,oder JEPUT MALAH YA......nyummmyyy memang SEMUA sangat sedap, harga pom
berbaloi-baloi....anda hanya perlu memilih sahaja apa yang
berkenan..walllaa...sangat menyeronokkan, sambil menghirup air kelapa muda...sangat
mengasyikkan! Dibuaiii angin petang dgn org-org tersayang J
v
Pasar malam.....wah! yang ini, memang sangat
mengujakan jiwa dan minda saya..hihihi...pasar malam di pantai Irama bachok ini
dibuka seawall jam 4 petang dan berakhir jam 10 mlm..hanya pada hari jumaat,
mlm sabtu.Jemput semua..apa yang anda inginkan pasti ada...pasar malam ini di
hadapan masjid, Pantai irama Bachok, bagi yang sukakan makanan Kelantan, memang
menjadi satu kewajipan untuk anda singgah...pelbagai menu nasi Kelantan seperi
kerabu, nasi dagang, nasi belauk, ikan percik, itik serati gulai, telur ikan
gulai, laksam, laksa dll....dengan harga yang sangat berpatutan....
v
Pasar Tani- setiap hari sabtu pagi 8.00 am-1.00 pm
juga di pantai Irama, Bachok..
v
Pasar Rabu- di Bandar bachok, bersebelahan dengan stesen
bas Bachok..500m dr Pantai Irama- setiap hari Rabu 8.00-1.00 pm