Khamis, 28 Ogos 2014

cerita teladan ~ Hujung KUKU




ini keluarga pinjaman saya di dunia yang sementara, Emak saya yang di kasihi n di sayangi, mak cik saya yang dihormati, sepupu saya yang diberkati hendaknya..suami saya yang disayangi Allah, harapnya... ini satu kisah, satu teladan yang saya sematkan dalam diri sebagai satu wadah untuk saya menjadi insan yang lebih baik...kisah Hujung KUKU...

saya kehilangan emaK saudara (dalam entry lepas, ada saya ceritakan kisahnya) yang paling dikasihi 8 tahun lepas, Allahuakbar, insan mulia, insan baik, benar janji Allah, kita yang hidup. hanya sementara,,bertemua nya di alam yang kekal adalah satu yang pasti...insan yang baik, disayangi. Allah jemput awal-awal ...tidak perlu untuk saya nyatakan kebaikan ibu saudara saya satu persatu...cuma yang ingin saya kongsikan di sini kebaikannya dalam melayan suami! Allahuakbar,...saya bagi dia 5 bintang..../ Solehah...

selepas 1 tahun kehilangan mak cik..saya MENziarahi bapa saudara saya, yang juga di kasihi..tapi kali ini lain keadaannya.dia bersama makcik tapi, bukan makcik saya yang asal...tapi mak cik yang baru, saya tetap memanggilnya sebagai makcik...walau ada sejarah hitam dia dengan makcik kesayangan saya...

satu hari, di musim cuti sekolah,,saya pergi melawat pakcik...dalam berbual-bual saya tanyakan dia tentang kehidupannya sekarang....

Rubi : mcm mana kehidupan pok ya sekarang ( ini gelaran yang saya panggil padanya). Ok?

Pok Ya: gini la Bie, ok.. cuma banyak kerja sekarang...(SBB DULU DIA BIG BOSS)

Rubi: macam mana dengan mok cik baru ?saya tanyakan padanya..situasi makcik baru..

Pok Ya: Pok Ya,.....terdiam sejenak, agak lama , tanpa jawapan apa-apa...selepas beberapa ketika,,,dia menjawab...X SAMA bIE..mak cik baru dan mak cik MU..langsung x sama...HUJUNG KUKU  x sama lagii...waktu itu, saya pula yang terdiam,...wajah mak cik kessayangan saya berlegar-legar di minda saya..

Rubi : selepas beberapa ketika, saya tanyakan pada pok Ya, apa yang x sama?

Pok Ya: semua x sama...mak cik mu dulu, kalau berbalah (bergaduh dengan pok Ya, tetap masak ko Pok Ya, marah lah macam mana sekali pun, bergaduh lah besar mana sekali pun, makanan atas meja tetap dihidang, tidur tetap satu katil, langsung tidak tidur merata- merata, hujung dinding, hujung dapor..) semua lengkap dan sangat baik...tapi mak cik yang sekarang, kalu berbalah, Pok Ya kena masak sendiri, tidur sendiri, urus semuanya sendiri-sendiri...jadi langsung x sama , walau hujung Kuku...* 

Rubi: Allahuakbar, sayu nya hati saya, bangganya saya sebagai anak saudara, kerana mak cik saya diingatinya sebegitu sekali, istimewanya makcik saya walau hujung kuku tidak sama..tapi, betullah apa yang Pok Ya katakan ....memang betul mak cik saya, tidak sama walau hujung kuku, Pok ya seorang suami yang sangat garang, kalau tidak kena gayanya,,tapi dengan saya dia sangat baik, cuma dengan isteri...kalau marahkan isteri,,ada masanya dikejar nya makcik saya. dengan parang pom ada, kayu pom ada.lari makcik meminta bantuan, . sikapnya yang agak pemalas....semua isteri yang bekerja siang dan malam ,,sbb makcik saya peniaga, jadinya Pok Ya ni..seperti tauke la...tapi itu lah...apa yang di kata Pok ya itu, benar belaka..bergaduh dikejar sekali pun mak cik tetap masak, hidang n makan sama-sama, tidur sama2..semua seperti biasa.bercakap tetap baik,,,.saya sangat Tabik kepada beliau....lama saya mengelamun, tanpa sedar..suami mengajak saya pulang...tapi kisah HUJUNG KUKU...tetap saya ingat sampai ke hari ini..tetap menjadi pengajaran n pedoman kepada saya sehingga hari ini dalam mempraktikkan dalam rumahtangga saya...saya ingin menjadi seperti mak cik, yang mana istimewanya dia,,WALAU HUJUNG KUKU, tidak dapat di cari ganti..tidak dapat di tukar ganti dan di lupai...walau dengan suami yang sangat garang...

* Jom cuba menjadi isteri solehah
* Jom cuba menjadi yang tidak sama walau HUJUNG KUKU.....
*Jom jadi orang yang baik-baik

urmmmm, saya selalu katakan kepada suami, walau apa yang terjadi, saya akan jaga pok ya suatu hari nanti, tuanya nanti akan saya jaga, kerana dia tiada saudara mara dan anak-anak, di Malaysia...semua nya di Thailand....salam sayang, dari saya sekeluarga, jadikan Akhlak Rasulullah sebagai tauladan hidup kita :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan